Sunday, January 30, 2011

baru mula...

entah mengapa, kenapa dan bagaimana.... apa yang merasuk jiwa raga ini untuk mulakan langkah dalam dunia warna-warni blog. adakah aku terikut-ikut budaya masakini? adakah aku mahu jadi terkenal dan kaya? adakah aku saja suka-suka nak menulis di muka komputer? ahh... biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza.

aku ada MukaBuku (Facebook), tapi aku rasa ia tidak dapat memenuhi kehendak dan aspirasi wawasan negara (cewahh!patriotik tu). aku ada telefon prabayar yang memungkinkan aku untuk memberi teks pesanan ringkas (sms) kepada kawan-kawan dan kenalan. tapi aku rasa melalui blog aku dapat menembusi pelusuk dunia dengan ayat yang cukup panjang lebar berbanding MukaBuku dan SmS.

Jadi, berdasarkan pengamatan aku, kebanyakan blog hari ini terlalu mencampur-adukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. rosak anak bangsaku...(sambil merenung jauh). walau apa pun yang berlaku, aku akan cuba untuk menulis dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai dan seragam agar kelak aku tidak dikenali sebagai pemusnah bahasa.

salam perkenalan.